dislo Nak kahwin dengan gadis semenanjung? Ketahui 5 step ini. | Snaplog of Life

Nak kahwin dengan gadis semenanjung? Ketahui 5 step ini.

Hari sabtu lepas, saya telah menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya. Pada kali ini, sepupu saya bernikah dengan suaminya yang berasal dari negeri Sarawak, manakala sepupu saya adalah orang Negeri Sembilan. Wow! Ini adalah pertama kali saya menyaksikan dua jiwa berlainan negeri bernikah.
.
Agak sedikit terkilan juga kerana majlis tidak berlangsung dengan lancar. Rupa-rupanya masalah bahasa. Pengantin lelaki tidak dapat memahami sepenuhnya kata-kata Tok Kadi.
.
Itupun setelah dituliskan di atas kertas lafaz nikah, barulah pengantin lelaki dapat melafazkannya. Saya tidak pasti si pengantin lelaki telah bersedia dengan adat resam orang Melayu di tanah semenanjung ataupun tidak, tetapi dia agak kelihatan ‘terkejut’.
.
Di entri kali ini, saya ingin ringkaskan proses dalam melangsungkan perkahwinan bagi pihak perempuan bagi kebiasaan orang Negeri Sembilan. Ini adalah secara overall, setiap negeri di semenanjung mungkin berlainan caranya.
.
Ada 5 steps yang anda perlu tahu:
1. Merisik
2. Bertunang
3. Nikah
4. Malam cecah inai
5. Bersanding

-----------------------------------------------------------------------------------------

Penerangan:

1.Merisik
Merisik biasanya dilakukan antara pihak lelaki dan perempuan sahaja dan tidak mengajak sesiapa untuk sesi ini. Tujuannya untuk mengenali pihak keluarga masing-masing. Setelah itu, perbincangan mengenai tarikh pertunangan mungkin ditetapkan.

2. Bertunang
Acara bertunang dilakukan di rumah si perempuan. Pihak lelaki tidak perlu menyediakan wang untuk perbelanjaan majlis pertunangan di rumah si perempuan. Ianya tanggungan pihak perempuan sendiri. Di waktu sesi ini, saudara mara dijemput untuk memeriahkan majlis selain berbincang mengenai hantaran.
.
Cumanya, si lelaki perlu menyediakan tanda untuk si perempuan sama ada cincin ataupun gelang tangan. Tanda ini disarungkan atau dipakaikan oleh bakal ibu mentua kepada bakal si menantu. Si lelaki pula hanya perlu tunggu di luar dan hanya masuk setelah dipanggil untuk dilihat oleh keluarga pihak perempuan.

3. Nikah
Banyak persiapan dokumen perlu dilakukan oleh kedua-dua belah pihak, lain negeri lain caranya. Dokumen ini penting untuk mengesahkan perkahwinan anda.
.
Dari segi majlis pula, perbelanjaan diberikan oleh pihak lelaki dan ada juga perbelanjaan yang ditambah oleh pihak perempuan. Ianya bergantung kepada perbincangan pasangan tersebut.
.
Ketika majlis, Tok Kadi biasanya memberikan beberapa takzirah terlebih dahulu. Ada sesetengahnya pula, menguji pengantin lelaki dengan menyoal beberapa soalan dan disuruh membaca beberapa surah.
.
Selepas itu, tok kadi akan ajar pengantin cara melafaz. Selepas itu, barulah akad nikah dimulakan. Lihat contoh video >>> INI. (Beri perhatian pada minit pertama kerana akad nikah berlaku saat ini)
.
Kemudian, lafaz taklik akan dibacakan oleh pengantin lelaki. Part ini penting dan pengantin perempuan kenalah dengar. Setelah itu, pengantin lelaki akan beri satu dokumen untuk pengantin perempuan sign. Setelah selesai, pasangan pengantin bersalaman dengan saudara-mara yang hadir. Lihat contoh video >>> INI. (Berdasarkan video ini, solat sunat bersama pasangan dilakukan, barulah sesi bersalaman dengan tetamu yang hadir)

4. Malam cecah inai
Bagi orang Negeri Sembilan, acara ini dilakukan di sebelah malam selepas nikah. Acara ini melibatkan persandingan, merenjis dan bertukar pakaian pengantin. Ada juga diselitkan acara suap pulut.
.
Kebiasaanya majlis ini dihadiri saudara mara belah lelaki dan perempuan serta orang kampung/jiran tetangga.

5. Bersanding
Bersanding biasanya diadakan pada waktu tengah hari keesokkan harinya. Ketika ini akan ada ramai orang yang datang dan meja makan akan penuh waktu ini. Sebabnya, orang ramai menunggu untuk melihat pasangan pengantin berarak.
.
Setelah pengantin dan rombongannya selamat sampai, pengantin lelaki akan menunggu diluar bersama orang kompang dan saudara-maranya yang membawa dulang hantaran. Ketika ini, pengantin perempuan akan keluar dan bersalaman dengan suaminya. Kemudian, pengantin akan diarak bersama iringan kompang.
.
Pengantin dibawa ke pelamin persandingan. Setelah habis pukulan kompang dan persembahan, barulah sesi menepung tawar (merenjis). Orang yang menepung tawar pada pengantin dihadiahkan bunga telur sebagai ganjaran atas kesudian.
.
Setelah itu, pengantin dibawa ke meja santapan. Ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan dijemput makan bersama. Jika ada lebihan kerusi, ahli keluarga lain boleh jamah bersama.
.
Kemudian, acara potong kek. Kek ini dipotong untuk diberikan pada ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan serta saudara-mara. Jadi, selepas makan, rombongan pihak lelaki jangan balik lagi melainkan memang tidak mahu makan kek.
.
Majlis boleh dikatakan selesai. Cuma selepas itu, kebanyakan pengantin akan pergi shoot gambar outdoor bersama pengapit (terpulang). Rombongan pihak lelaki sudah pun boleh balik.
.
Di waktu malam pula, biasanya ada acara buka hadiah di rumah pengantin perempuan. Pengantin membuka hadiah di hadapan saudara-mara sambil membaca isi kad ucapan pada hadiah. Namun, ianya terpulang pada style keluarga masing-masing. Setelah itu, barulah pengantin boleh masuk bilik berehat, hihi
.
Agak banyak steps, padat dan memang penat. Tetapi, setiap step di atas memberikan seribu kenangan pada pengantin, meriah dan menyeronokkan bagi saudara-mara dan tetamu yang hadir. Jadi, tidak sia-sialah kalau datang dari jauh kan?

Oklah. Steps di atas adalah biasa yang saya lalui ketika hadir di majlis perkahwinan dan juga apa yang saya pernah lalui. Jadi, bagaimanakah cara orang Sarawak punya majlis pula? Samakah?

Sekian.
.
by #batumelukut #snaplogoflife #majlispernikahan #majlisperkahwinan #majlispersandingan #prosesperkahwinan

Komen Facebook

No comments:

Post a Comment

Instagram