dislo About

About



Saya hanyalah insan biasa. Pernah berkecimpung dalam bidang blogging ketika tahun 2011, namun berhenti setelah mulai memasuki alam pekerjaan.

Ketika di alam pekerjaan, saya pernah bekerja di beberapa buah tempat, iaitu di sebuah kilang jepun dan di beberapa buah syarikat menjual dan menerbitkan buku. Namun, rezeki saya tidak berpanjangan ketika tahun 2016.

Setelah 7 tahun berlalu, rasa terdetik di hati untuk berblogging semula tatkala status saya yang terkini adalah seorang surirumah sepenuh masa. Jadi saya mempunyai masa untuk setup semula blog saya.


Tahun lepas, saya adakan blog dengan seorang rakan saya di mana beliau juga seorang blogger ketika dulu. Tetapi disebabkan hal-hal tertentu, saya jadikan blog SnapLog of Life sebagai blog personal saya.

'batumelukut' memang telah saya gunakan sebagai trademark ketika berblogging. Jadi saya akan kekalkan penggunaan gelaran tersebut pada blog personal saya.

Moga perkongsian di dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.

Komen Facebook

No comments:

Post a Comment

Instagram