dislo Tasik Biru Kundang | Snaplog of Life

Tasik Biru Kundang


Setiap kali masuk Januari, mesti semua orang sibuk ke bank uruskan hal ASNB kan? Siapa yang setiap tahun macam ni kita geng.

Tahun ini adalah tahun keempat saya ke bank buat urusan yang sama. Keluarkan duit, kemudian masuk semula. Kali ini urusan berjalan dengan sangat lancar! Dalam masa setengah jam sudah siap semua urusan! Tidak seperti sebelum ini, saya berurusan dengan pihak pejabat pos dan of course urusan di pejabat pos mengambil masa yang agak lama dan duit pun terhad untuk dikeluarkan.


Alhamdulillah, setelah settle semua, kami ke kedai makan berhampiran untuk lunch. Oleh sebab hal ASNB ni settle cepat jadi terasa nak berjalan.

Saya ambil waze dan search around. Oh yah, pastinya setelah scroll saya terjumpa satu tempat yang sesuai untuk kami singgah dan lokasi green environment untuk anak bermain.

Tasik Biru Kundang, yes. Dah lama nak pergi tapi tak berkesempatan. Terletak di antara Rawang dan Sungai Buloh. Setelah makan, kami terus shoot ke sana memandangkan langit mulai mendung.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Dan of course tak de orang sangat sebab kami datang on weekdays. Terasa lapang dan selesa bila tak ramai orang. Haha. Anak pun selesa bermain.

Di sana ada kemudahan surau. Jadi kami solat dulu sebelum melepak tasik. Setelah itu, barulah kami dapat berjalan di tepi tasik.


Kemudahan surau lelaki dan perempuan. Tempat mengambil wuduk di tandas berasingan.
Korang nak tahu tak apa yang berlaku di sekitar tasik itu? Ada orang memancing, ada orang main jet ski dan ada orang snorkeling dalam tasik itu. Well, snorkeling tak semestinya kat dalam laut je, malahan dalam air tasik pun boleh. Cuma jelas atau tak view dalam tasik bergantung jenis tasik.

Aktiviti jet ski
Saya berdiri di sipi tasik pun dah kelihatan kelibat ikan. Sekor je lah nampak. Haha. Kalau korang datang tasik, rajin-rajinlah bawa roti kosong. Nanti boleh bagi ikan makan. Tetapi jangan pula kau pergi campak nasi lemak dalam tasik untuk bagi ikan makan, confirm ‘rosak’ la air tasik itu.

Saya ada nampak juga 3 orang budak pergi menyelam kat tasik tu. Well, akak yang datang sekejab ni pun rasa geram nak terjun, apatah lagi budak macam korang ni. Teringat pula saya warna air tasik yang hijau ini seakan sama dengan Pantai Cahaya Cermin di Port dickson.


Air laut Pantai Cahaya Cermin di Port Dickson
Walau bagaimanapun, tasik itu tidak sesuai untuk bermandi-mandi. Sebab kita tidak tahu kedalaman tasik itu macam mana. Bahaya untuk budak-budak. Melainkan aktiviti outdoor sports yang dilengkapi dengan jaket keselamatan.

Saya tidak berkesempatan untuk meninjau port jet ski dan restoran tepi tasik. Kebetulan hujan mulai renyai dan makin lebat, cepat-cepat kami kembali ke kereta.


Taman Permainan. Ketika ini langit mulai mendung.
Sangat relax rasa dapat tengok air hijau ni. Saya terfikir, bagaimana suasana kalau weekends ye? Sebabnya parking sangat terhad di sini. Dan apa lagi aktiviti selain yang saya lihat ini?

Oklah. Entri ini adalah sekadar review dari saya yang cuma datang sekejab ni. Penduduk di sekitar Kundang pasti lebih tahu senario di tasik ini. Ada kisah sebenarnya disebalik nama tasik ini. Klik SINI.

Sumber gambar : (Assyiq, 2016)

Sekian.


by #batumelukut #snaplogoflife #jalanjalan #selayang #tasikbirukundang #tempatmenarik #cuticuti #selangor #tamanrekreasi #kundang #kuang #rawang #sungaibuloh #tempatbersejarah










Komen Facebook

No comments:

Post a Comment

Instagram