dislo Pendaftaran TAWAS Secara Manual | Snaplog of Life

Pendaftaran TAWAS Secara Manual


Pada bulan lepas, suami berjaya mendaftarkan TAWAS untuk anak sulung kami. Yes, pada mulanya agak rumit, mana tidaknya,  nak kena mintak sign dan cop Pengerusi Perumahan, pengesahan maustautin dan lain-lain. Setelah bertanya pada pihak TAWAS, akhirnya proses berjalan dengan lancar.

Apa itu TAWAS?
Singkatan bagi TAWAS adalah Tabung Warisan Anak Selangor dan merupakan salah satu projek penting dalam Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Kenapa perlu memohon?
Hal ini kerana setiap anak-anak yang berjaya mendaftar berpeluang menerima RM 1500 ketika berumur 18 tahun. Selain itu terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan mengikut DUN dan tahun.

Contoh aktiviti/program yang telah berlangsung melibatkan anak-anak Tawas:

1. Program Hari Kanak Kanak Negeri Selangor
2. Syoknya Jalan
3. Program Penyerahan Bantuan Beg Sekolah TAWAS
4. Program Serahan Penyata Simpanan TAWAS
5. Jom Shopping Bonus Selangorku
6. Sesi Penyerahan Khairat Kematian
7. Program Bantuan Masuk Sekolah Ahli Tawas
8. Sumbangan TERAS - (Penyakit Kronik & Mangsa Banjir)
9. Sumbangan TERAS kepada anak yatim

Follow Facebook YAWAS (TAWAS) untuk ikuti aktiviti yang telah berlangsung di sekitar Negeri Selangor!

Alkisah dalam memperolehi kad Tawas:

1. Pada asalnya, ibu mertua yang berikan borang original kepada kami. Kami dah fully isi, cuma stuck  di part Pengesahan Taraf Mastautin. Pening nak pergi cari siapa yang harus sahkan memandangkan kami baru sahaja berpindah di sini dan sebelum ini sering berpindah-randah.


2. Kami membuat panggilan ke Jabatan Agama untuk tanya mengenai pengesahan mastautin. Manalah tahu mereka boleh membantu. Lagipun masa nikah proses pengesahan mastautin dikendalikan oleh pejabat agama tersebut. #cubatanya .Kebetulan ketika itu sudah buat calling di TAWAS tetapi tidak berangkat pula. #ketikaitu

3. Alhamdulillah. Pihak jabatan agama sudi membantu. Mereka menyambungkan talian kepada pejabat TAWAS.

4. Pihak TAWAS pula memberitahu supaya terus datang ke pejabat dengan membawa form yang telah diisi. Di sana, pihak TAWAS memberikan lagi tambahan Borang Akuan Pengesahan Pemastautinan dan meminta diberikan salinan bil air pula.

5. Sebenarnya, dah mula rasa pelik sebab bila call cakap lain,  bila datang bagi lain dan lagi sekali (finally stage) datang hanya submit satu borang saje.

6. Disebabkan kali kedua datang tu submit borang dan terus dapat kad TAWAS,  so tak pelah. Tak nak bising banyak. Mungkin ada miscommunication di pihak mereka walhal kat belakang borang tidak mintak banyak pun dokumen sokongan.

7. Oh ya, lupa nak beritahu. Pada bahagian Pengesahan Mastautin, suami berjaya dapatkan pengesahan daripada Pengerusi Perumahan di sini. Senang je nak cari dia, rupanya dia sentiasa ada di guard security,  haha.  Mula-mula tu dia tanya jugaklah berapa lama kami dah di sini,  asal mana dan sebagainya. Kami laki bini orang luar, suami IC KL manakala saya IC NS. Jadi kami menepati syarat permohonan nombor 2. Selepas tu, barulah dia cop dan sign. Nasib baik Pengerusi tu sempoi aje,  haha!

Maka, dokumen yang sebenarnya diperlukan adalah:

1. Salinan kad pengenalan ibubapa/penjaga
2. Mykid anak/ Sijil kelahiran
3. Surat perakuan anak angkat (jika perlu)

PERHATIAN: Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari ulang tahun pertama pemohon.

Bila buka website TAWAS, saya tidak pasti kena daftar sebelum umur 1 tahun atau 3 tahun. Confusing. Sebab borang asal yang saya dapat ni borang yang beritahu suruh submit sebelum birthday pertama.

Apa-apapun boleh call dan tanya pihak TAWAS. Di website TAWAS  disediakan syarat-syarat permohonan serta nombor telefon pejabat.

Good luck and thank you TAWAS!

by #batumelukut


Komen Facebook

No comments:

Post a Comment

Instagram