dislo Jalan-jalan Icity Shah Alam: 2018 | Snaplog of Life

Jalan-jalan Icity Shah Alam: 2018


Bilakah kali terakhir anda menjejaki kaki ke Icity Shah Alam? Kalau anda sudah lama sangat tak pergi, jangan lupa note down Icity Shah Alam dalam list jalan-jalan anda sebab kawasannya sudah semakin luas dan semakin banyak aktiviti hiburan.

Icity Shah Alam sangat sesuai untuk aktiviti kanak-kanak. Mana tidaknya, keindahan lampu buatan yang lebih dikenali sebagai Digital Lights ini sangat memukau pandangan anak kecil atau mana-mana pengunjung yang datang.

Kali terakhir saya datang ke Icity pada tahun 2013 di mana ketika itu hanya ada pokok-pokok lampu sahaja. Tetapi kini tahun 2018 ada banyak pembaharuan dan macam-macam games yang menyeronokkan!


Bayaran masuk
Kami pergi ahad malam. Bayaran parking yang di kenakan adalah untuk sejam pertama ialah RM 2.

Permainan (games)
Games yang disediakan terletak di dalam tiga Gates iaitu :

(a) Gate A

(b) Gate B

(c) Gate C

Banyak kan games yang disediakan? Kalau nak main semua dalam satu hari, memang tak sempatlah. Jangan lupa dapatkan pamplet ketika anda berada di kaunter kad (i-card & Cashier). Nanti senang anda nak pilih untuk main games apa.

Oh ye, lagi satu perkara yang saya nak ingatkan, anda perlu buat kad dengan bayaran RM 10 dan top up lagi duit mengikut bajet anda. Sebabnya, untuk masuk mana-mana games, bayaran dipotong melalui kad ini. Selain itu, kad ini juga valid selama 2 tahun dan boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja selagi dalam tempoh 2 tahun.

Kaunter buat kad di bawah Ferris Wheel
Nak makan pun kena pakai kad ini. Tetapi tak semua kedailah seperti KK Mart, kita boleh beli makanan  pakai cash. Lain-lain kedai saya tak pastilah. Jadi, korang boleh tanya dulu sebelum makan atau membeli di sana nanti. 

Kemudahan
Di sini ada disediakan surau untuk muslim dan tandas di Gate A dan Gate B. Kalau anda di sekitar Giant Ferris Wheel dan anda tiba-tiba rasa nak pergi tandas, agak jauh nak ke tandas sebab tandas terletak di hujung Gate A. Kalau ke Water World pula of course tak dapat masuk sebab berbayar. (berdasarkan pamplet)

Untuk Food & Beverage yang disediakan seperti Subway, KFC, The Chicken Rice Shop, Old Town, 7-eleven dan lain-lain lagi.

Operation Hours
Icity dibuka dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam. Masa kami datang, jam sudah pun pukul 10 malam. Kami sempat jalan beberapa jam je. Ingatkan buka sampai pukul 6 pagi.

SnoWalk sudah ditutup
Berikut adalah waktu operasi:

Weekdays
Waterworld : 10.00am - 7.00pm (Tutup hari Selasa) 
SnoWalk/Red Carpet/ Trick Art Museum: 11.00am - 12.00mn
FunWorld/City of Digital Lights: 6.00pm - 12.00mn

Weekends/Public Holidays/School Holidays
WaterWorld: 10.00am - 7.00pm
SnoWalk/Red Carpet/Trick Art Museum: 11.00am - 12.30am
FunWorld/City of Digitals Lights: 6.00pm - 12.30am

Icity kini dikelilingi oleh bangunan tinggi

Buat perancangan awal sekiranya anda datang dari jauh. Di dalam icity itu juga ada disediakan hotel seperti Boutique Hotel. Kalau over badget, boleh sewa hotel kat Seksyen 7. Nak datang Icity just jalan kaki je tak perlu drive kereta.

Kesimpulannya
Memang puas hati dapat jalan-jalan sini bawa anak (umur baru setahun). Excited gila dia (anak) tengok lampu-lampu berwarna-warni. Cuma dia tak dapat main games sebab ketinggian dia tak sampai lagi 90 cm. 😭

Cahaya menjadi tarikan kepada kanak-kanak
Sekian.

by #batumelukut #jalanjalan #icityshahalam #cuticutimalaysia #selangor #tourism #attrativeplace #topplaces







Komen Facebook

No comments:

Post a Comment

Instagram