dislo Cara Menamatkan atau membatalkan lesen SSM | Snaplog of Life

Cara Menamatkan atau membatalkan lesen SSM

Hi semua! Kepada anda yang sedang mencari maklumat cara pembatalan atau penamatan lesen SSM, boleh teruskan membaca entri ini.

Ada 4 sebab penamatan lesen perniagaan ini berlaku antaranya:

1. Tidak berniaga lagi (berhenti)
2. Bankrap
3. Berlaku kematian
4. Perintah mahkamah

Jika anda berada di Shah Alam, pejabat SSM di Plaza Alam Sentral (PAS) telah ditutup dan berpindah ke Seksyen 3 (belakang Mcd).


Prosedur penamatan di kaunter SSM:

1. Pergi ke kaunter utama beritahu urusan kita.

2. Anda diberi satu borang iaitu borang C untuk di isi. Sebaiknya bawa bersama pen anda. Maklumat seperti nombor pendaftaran, nama perniagaan dan tandatangan pemilik/rakan kongsi diperlukan.

3. Tunggu giliran

4. Setelah nombor dipanggil,  pergi ke kaunter berkenaan dan keluarkan kad pengenalan. Beri borang tadi dan sediakan wang RM 10.60 untuk print surat penamatan lesen. Setelah itu,  anda akan diberi invoice.

5. Kemudian,  tunggu nombor dipanggil sekali lagi untuk pergi ke kaunter 7. (part ni kena tunggu lama sikit)

6. Setelah dipanggil, beri invoice tadi kepada person incharge. Anda akan diberi surat penamatan lesen.

Sesetengah pihak menamatkan lesen SSM ini adalah bertujuan untuk proses kemaskini Brim 2018. Ada 2 salinan yang diperlukan sebagai tunjuk bukti.

Meskipun prosedur ini dilakukan secara manual,  namun urusan di sini  agak cepat dan teratur. Jadi, tak delah rasa lama sangat menunggu.

Lagi satu cara anda juga boleh buat secara online. Cuma anda kena pastikan anda telah daftar EzBiz dahulu di pejabat SSM iaitu melalui capaian portal EzBiz Online.

Maklumat lanjut di SINI

#ssm #shahalam #ezbiz #lesen #langkah-langkah #brim2018 #pas

by #batumelukut

Komen Facebook

No comments:

Post a Comment

Instagram