dislo Taman Wetland, Putrajaya | Snaplog of Life

Taman Wetland, Putrajaya


Sebenarnya, entri ini telah lama saya taip, tetapi saya tidak berkesempatan untuk update di blog. Secara ringkasnya, saya sertakan itinerari di sepanjang aktiviti saya sekeluarga bersama rakan-rakan.

Pagi, 9.00 am:
- Berkumpul di pintu masuk Pusat Penghayatan Alam, Taman Wetland Putrajaya
- Naik tram
- Potong kek dan jamah sedikit jamuan di atas Lookout Tower
- Melawat ke Pusat Penghayatan Alam

Tengah hari, 1.30 pm:
- Lunch di Medan Selera Tun Teja, Presint 9
- Solat zohor di Masjid Putra

Petang, 4.30 pm:
- Jalan-jalan di sekitar Persiaran Putrajaya, Selera Putra dan Cruise Tasik
- Pulang pada 5.30 pm

Sebelum itu, korang kena faham apa maksud Wetland supaya korang lebih menikmati perjalanan korang sepanjang berada di sini.

Dalam bahasa Melayu, Wetland bermaksud tanah lembap. Wetland berlaku apabila tanah bertemu dengan air. Kebetulan pula Wetland ini hadir secara semulajadi di salah satu tempat di Putrajaya, maka diwujudkan sebuah Taman Wetland untuk mendidik pengunjung mengenai Wetland.

Wetland ini penting sebab ada haiwan dan tumbuhan yang hanya hidup di kawasan ini sahaja. Kalau tidak terjaga, hancurlah ekosistem tumbuhan dan haiwan-haiwan di situ.

Sumber:
2. EPA

OK, back to the topic, Taman Wetland atau in English Putrajaya Wetland ini terbahagi kepada 6 point yang berikut, iaitu:

1. Pusat Informasi
2. Menara pandang jauh
3. Kolam Flamingo
4. Sel Wetland
5. Tasik Angsa
6. Pusat Penghayatan Alam

-----------------------------------------------------------------------------------------
Penerangan:

1. Pusat Informasi
Sebaik sahaja anda masuk ke Taman Wetland ini, anda akan jumpa dahulu Pusat Informasi. Di sini korang boleh beli tiket trem, ada kaunter tersedia. Di sekitarnya juga ada tandas, menara pandang jauh dan kawasan parking.

Pusat Informasi
Di kaunter tersebut, korang akan lihat ada peta Wetland dan perkhidmatan apa yang di tawarkan. Kat situ juga ada meja kerusi sesuai untuk melepak makan dan ada tersorok jenis-jenis basikal kat situ.

Ada 4 jenis perkhidmatan yang di sediakan. Antaranya:
a. Perkhidmatan tram
b. Sewaan basikal
c. Lawatan berpandu/ Eksplorasi taman
d. Package wow!
Perkhidmatan yang ditawarkan
Semua perkhidmatan ni ada di kenakan caj bayaran. Nak masuk Taman Wetland je free. Kereta juga boleh di bawa masuk ke sini. Jadi tak perlu risau untuk berjalan jauh.

Tram yang sedia menunggu untuk bergerak. Siapa cepat, dia yang dapat naik dulu
Perkhidmatan tram
Percaya atau tidak, bukan kanak-kanak sahaja yang excited nak naik tram, malahan orang dewasa pun! Haha! Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 5.00 untuk dewasa manakala RM 4.00 untuk kanak-kanak dan pelajar. Budak bawah 2 tahun free.

Tram ini akan membawa anda mengelilingi seluruh Wetland dan menyusuri jalan tar serta jalan tidak berturap. Ini yang menyebabkan kita rasa seronok naik tram kat sini sebab tram ni bawa kita melalui jalan tidak berturap.













Tram sedang melalui Sel Wetland

Selain melalui Sel Wetland, tram ini juga membawa kita melalui Menara Tinjau, Padang Semarak, Taman Nurseri, Kolam Flamingo, Tasik Angsa dan akhir sekali Pusat Penghayatan Alam.

Padang Semarak
Padang Semarak ni suatu padang yang luas dan ada pondok besar di tengah-tengahnya. Sesuai sangat untuk berkelah atau adakan sebarang aktiviti.

 Sebuah padang yang sesuai untuk aktiviti games atau Family Day
Taman Nurseri
Sambil melalui, anda akan melihat kiri dan kanan anda ada banyak tanam-tanaman. Masa lalu tu, saya perasan diorang sedang petik cili. Lain-lain tanaman saya tidak pasti tanaman apa.



2. Menara pandang jauh
Memandangkan kami berada di sekitar Pusat Informasi, kami memilih untuk picnic di atas Lookout Tower. Ada juga pengunjung yang pandang-pandang kami berkelah atas tu. Kami berkelah di aras dua menara tersebut, jadi pengunjung yang datang memang akan melalui kami dahulu sebelum naik ke tingkat atas.

*p/s: Sebenarnya kami picnic dulu sebelum naik tram

3. Kolam Flamingo
Semasa tram melalui sini, kami tidak nampak sangat di mana Flamingonya, tetapi apabila berada di Tasik Angsa, barulah nampak kelibat Flamingo.

Memang seronok tengok haiwan-haiwan ini, diorang kelihatan bebas berada di tasik ini.

4. Sel Wetland
Seterusnya, tram ini akan membawa kita menyusuri jalan tidak berturap untuk melihat pemandangan Sel Wetland ini. Ada juga orang yang datang ke sini dengan menaiki motor, berbasikal dan berjogging.


Ada seorang uncle di situ
5. Tasik Angsa
Tram akan berhenti di sini selama 5 minit untuk memberi kita peluang melihat persekitaran. Nama pun Tasik Angsa, of course ada beberapa spesies burung yang terdapat di sini seperti angsa, itik, swan, dan flamingo.

Pengunjung menikmati pemandangan bersama angsa-angsa di tasik
Sangat sesuai sekali membawa anak-anak datang ke sini, selain menyelami perasaan naik tram dan melihat kawasan semulajdi, anak-anak juga didedahkan dengan jenis-jenis haiwan. Setiap haiwan ini disediakan papan penerangan di situ. Jadi, sambil tengok, kita boleh terangkan kepada anak-anak.

6. Pusat Penghayatan Alam
Sini adalah lokasi terakhir penyinggahan tram. Tram akan berhenti di sini untuk anda melawat Pusat Penghayatan Alam  ini.

Anda juga di beri pilihan sama ada nak turun sini atau turun di tempat asal. Seperti saya, ketika trip tram awal pagi pada pukul 9.30 am, driver tram tersebut bagi pilihan, sama ada nak turun sini atau naik sehingga ke tempat asal. Kalau trip tram 11.30 am, driver tu berhentikan tram di situ untuk anda masuk ke Pusat Penghayatan Alam. Sekiranya korang tak nak masuk ke Pusat Penghayatan Alam, korang kena balik semula ke pusat informasi dengan berjalan-kaki.

Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke Pusat Penghayatan Alam, saya rasa tergamam melihat suasana di dalam pusat ini. Mana tidaknya, dekorasi yang dicipta seakan kita melalui persekitaran Wetland. Yep, itu tujuan sebenar pusat ini bagi mendidik pengunjung mengenai Wetland.

Suasana sejuk berhawa dingin, laluan bertitian, replika pokok, batu, akuarium mini dan pancaran cahaya daripada lampu menerangi di sepanjang laluan. Hampir kesemua dinding disuluhi lampu dengan warna yang tertentu dan warna yang menyedap mata memandang.

Suasana di dalam Pusat Penghayatan Alam. Maaf, gambar kurang memuaskan
Actually, bangunan ini ada tiga aras. Gambar yang di atas ini terletak di aras utama.

Apa yang ada di sini
Selain itu, perkhidmatan lif turut disediakan. So, kalau ada pengunjung yang datang membawa stroller, tak perlu risau. Selepas itu, kami turun ke aras bawah pula.

Di aras bawah, ada Corridor Walk. Di dindingnya ada painting dalam tanah 3D (rasa-rasanya).

Bertujuan untuk mendidik pengunjung
Not bad melalui sini. Tetapi kami orang dewasa macam blur-blur sikit lalu kawasan ni… sambil-sambil lalu sambil tengok kiri kanan. Nak bergambar ala hipster, memang bestlah, cuma dari segi penerimaan ilmu, kita kena faham sendiri. Nanti anak tanya senang nak jawab sendiri. Tetapi, budak-budak ni bukan tengok pun, diorang berlari ke sana ke sini.

Di penghujung laluan, kami terjumpa Cineplex. Buka saja pintu, kelihatan satu auditorium di dalamnya. Sayangnya, kami terlepas satu slot tayangan video. Kalau tak, mesti seronok budak-budak ni tengok.

Kena sampai sebelum kul 10 pagi kalau datang pagi
Di sebabkan Cineplex ni takde orang, jadi kami berehat di dalamnya sebentar. Budak-budak ni pula suka main dalam tu… . Jangan tiru kami pulak, haha!

Next, kami naik ke tingkat aras paling atas. Di ruangan atas tempatnya agak sempoi sedikit. Free air dan ada disediakan tempat duduk. So kalau dah penat berjalan, bolehlah berehat sebentar.

Masing-masing kepenatan di tambah pula melayan kerenak anak-anak
Di aras ini juga terdapat satu koridor di mana anda boleh melihat suasana persekitaran Sel Wetland.

Pemandangan. Luas juga tempat ni
Budak-budak seronok sebab tempat ini luas dan berbentuk bulatan, ada ruangan komputer, buku, dan dibalik cermin itu adalah model kawasan Wetland.

Seronok si kecik ni jalan-jalan sini.... sebab ramai kawan dia
----------------------------------------------------------------------------------------
Setelah itu, di waktu tengah harinya pula, kami ke Medan Selera Tun Teja, Presint 9. Ush! Memang puas hati giler datang makan kat sini. Banyak pilihan makanan. Yang bestnya, kedai airnya terletak di tengah-tengah food court, jadi kita tak delah ke hulu ke hilir beli air. Baby chair dan sinki air juga ada di setiap sudut tempat. Puas hati dan sangat berbaloi untuk anda datang makan sini.

Ruang makan yang luas
-----------------------------------------------------------------------------------------
Next, kami ke Masjid Putra (Masjid Pink) untuk menunaikan solat Zohor. Selalunya pabila nak sembahyang, mak bapak bergilir-gilir untuk solat. Tetapi di sini kita dah tak payah nak risau-risau pikir anak yang kebosanan itu, kat masjid ini ada disediakan playground untuk anak-anak.

Jadi kalau ada anak-anak kecil yang baru nak dapat kaki tu, mudah sikit lah kita bagi dia main sementara bergilir-gilir solat. Takdelah anak-anak meragam atau bising kan.


Masa kami datang tu, memang ramai betul tourist. Diorang bergambar berlatar belakangkan masjid sambil memakai pakaian (jubah) yang disediakan. Fuhhh! Terasa seolah kami yang tourist, haha. Kitaorang jadi blur sekejab cari tempat masuk untuk solat sebab ramai sangat orang.

Ramai sungguh orang di sekitar masjid
Usai solat, kami berjalan-jalan di sekitar masjid. Cuaca agak panas ketika itu. Eloklah di bawa payung sebab jika anda nak berteduh pun, bumbung tiada, haha. Oleh sebab terlalu panas, kami ke Selera Putra dan menuju ke Cruise Tasik.

Hajat di hati untuk ke sini adalah menaiki Cruise, tetapi disebabkan cuaca yang amat panas, rasa macam tak berbaloi pulak nak naik. Tambahan pula, Cruise pada waktu malam tiada yang sampai pukul 10 malam, yang ada pun sampai pukul 7.15 malam.

Tetapi tidak terkejar-kejar ke kita dengan waktu maghrib?

Kawan saya mencadangkan untuk pergi pada waktu pagi sebab masih sejuk dan tidak panas lagi…. Oh ya, waktu pagi itu adalah waktu pakej Earlybird.

Bersiar sekejab dan pulang
Selepas kami penat melepak dan bersantai di sekitar Cruise ini, kami pun
pulang….Agak penat, tetapi sangat berbaloi untuk berkunjung ke sini. Korang boleh klik link INI untuk baca serba sedikit info mengenai Cruise Tasik Putrajaya

Sekian.

By #batumelukut

#jalanjalan #putrajaya #pusatpenghayatanalam #tamanwetland #cruiseputrajaya

Komen Facebook

No comments:

Post a Comment

Instagram