Masih ku ingat lagi ketika mahu membeli smartphone yang baru bagi mengantikan smartphone yang lama. Sebenarnya tak expect pun nak smartphone model ini. Tetapi, atas suggestion suami and nak memudahkan urusan menaip, (Al-maklumlah, ada banyak group conversation di WhatsApp), makanya model ini menjadi pilihan. Ini smartphone second je... tak mampu nak beli Z Ultra ribu riban, haha.
Seingat saya harga beli RM 800. Kami beli di sebuah kedai tingkat atas di Sunway Piramid. Rasanya baru lagi orang tu pakai dan dia nak trade in sebab nak beli smartphone model lain pulak.
Now smartphone ni sudah kami jual balik ke orang lain. Guna Mudah.com je nak jual barang preloved, haha. Setelah tawar-menawar, dapatlah kami jual dengan harga RM 250.
Tak lama selepas itu, suami belikan pula saya smartphone yang baru, iaitu OPPO A71. Latest edition punya. Sebenarnya, saya tidak berapa minat OPPO ini sebab saya peminat Sony dari zaman belajar lagi. Husband kata Sony punya features makin ketinggalan dan picture OPPO lagi cantik dari XPeria. #jangankecam. Tetapi, kalau tak kenal maka tak cinta kan. Hmmmm.
Sayang pula nak lepaskan Z Ultra ini. Yelah, skrin lebar dan nak typing memang senang giler. Buka Facebook dan Instagram pun memang puas hati. Cuma, masalah smartphone ini dari segi kameranya. Kena guna Apps baru boleh ambil gambar. Itupun tak cantik sangat. Lagi satu speakernya sekejab elok sekejab tak elok bila nak buka You Tube.
Tetapi mujurlah, si pembeli tak cerewet dan dia bersetuju dengan harga tersebut. Lagipun dah beritahu kat Mudah.com apa masalah model ini. So tak kisah sangatlah kalau nak let go pun. Tetapi, bila si pembeli try ambil gambar, rupanya kamera Z Ultra itu masih boleh digunapakai lagi.... uwaaaa... sayangnyaaaa. Rezeki dia la kan. Namun, silap kami juga sebab tak cuba reset semula smartphone ini.
Goodbye Z Ultra..... Memandangkan saya pengguna baru dalam dunia OPPO smartphone, saya akan cuba update tentang features OPPO A71.
#pengalaman #jangankecam #xperia #zultra #oppoa71 #secondhand #XperiaZultra
by #batumelukut


Komen Facebook
No comments:
Post a Comment