dislo Cara buat Widgets di Home Screen OPPO | Snaplog of Life

Cara buat Widgets di Home Screen OPPO



Hai, semua. Seperti yang dijanjikan, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya tahu mengenai features OPPO A71. Di dalam entri ini, saya ingin berkongsi tentang Cara buat Widgets di Home Screen OPPO.

Cara buat Widgets di Home Screen
Step 1: 
Touch jari telunjuk di sebelah penjuru kanan atas dan ibu jari touch di sebelah kiri penjuru bawah.
Kemudian,  touch dua saat dan tarik ke tengah.  Anda akan dapati skrin anda seperti di bawah.


Step 2:
Melalui gambar di atas, anda akan mendapati ada dua ikon yang tertera di skrin iaitu Widgets dan Effects. Touch Widgets selama dua saat dan hasilnya seperti di bawah.


Step 3: 
Ikon Widgets yang keluar itu adalah Widgets yang kita boleh drag ke screen (bergantung pada space screen).  Misalannya,  anda mahu Widget Google Search. Anda scroll ke kanan (sekiranya perlu) dan touch sekejab ikon itu. Kemudian, drag ke tengah skrin. Widget itu akan auto sendiri berada di skrin. Kalau nak adjust kedudukan, touch and resize juga.


Step 4: 
Akhir sekali, touch sekali untuk balik semula ke asal.  Hasilnya seperti di bawah.


Cara yang ditunjukkan ini berdasarkan features OPPO A71. Untuk model OPPO dan brand yang lain, saya kurang pasti tekniknya.
.
Untuk buat Effect home screen pula,  anda lihat semula Step 2. Buat cara yang sama. Just touch dan pilih mana yang anda suka.  Best kan?
.

Diharap entri ini sedikit sebanyak membantu para pengguna baru OPPO Smartphone.  

Sumber gambar: mobiledokan.com
#panduan #penggunabaru #oppo #oppoa71

by #batumelukut

Komen Facebook

No comments:

Post a Comment

Instagram