dislo Cara Buat Keyboard Theme pada Oppo | Snaplog of Life

Cara Buat Keyboard Theme pada Oppo

Hai, para pembaca semua! Pada entri kali ini, sukacita ingin saya kongsikan cara saya Mengaplikasikan Keyboard Theme daripada Google Play Store pada smartphone saya.

Apa itu TouchPal?
Sekiranya anda search di Google Play Store, anda akan mendapati TouchPalini lebih merujuk kepada aplikasi Keyboard Theme. Ada pelbagai jenis TouchPal dan anda boleh pilih yang mana anda suka.
.

Secara asalnya,  Touchpal for Oppo memang dah wujud dalam sistem model ini seperti di bawah. 

Screenshot 1: Settings

Apa yang anda perlu lakukan adalah anda hanya perlu Touch ikon baju untuk memilih Keyboard. Di situ juga terdapat tema-tema yang lain yang anda boleh Apply secara percuma.

Screenshot 2
Malangnya, untuk mengubah tema Keyboard berdasarkan TouchPal tersebut, saya tidak berjaya lakukan disebabkan masalah di bawah.  

Screenshot 3: Gangguan daripada  Settings
Maka, alternatif lain yang saya lakukan adalah menggunakan aplikasi Google Play Store.
Ya,  senang je caranya.  Hanya perlu Search Keyboard Theme dan akan keluar pelbagai jenis aplikasi. Tetapi anda haruslah pandai pilih atau try and error sebab kebanyakan aplikasi ini mengandungi iklan takut menyusahkan anda kelak. Di samping itu, sebarang downloading juga haruslah berpada untuk mengelakkan smartphone anda jammed atau hang.

Langkah-langkah:

1. Open Play Store.
2. Download dan Install. Saya memilih tema iOS 11 Simple.
Screenshot 4: TouchPal iOS 11 Simple
      3.  Setelah selesai download, Open dan Apply. Kini keyboard anda telah berubah!

Screenshot 5: Keyboard
Di samping itu juga,  anda boleh mengubah saiz Keyboard dan yang lain-lain melalui Settings mengikut cita rasa anda.

Langkah:

Settings → Additional Settings → Keyboard & Input Method → TouchPal for Oppo → General Settings → Keyboard Appearance

Screenshot 6
OK. Sekian sahaja entri saya pada kali ini. Moga entri ini sedikit sebanyak boleh membantu kepada si pembaca. 

Sumber gambar: mobileapkworld
#oppoa71 #review #panduan #tips #cara #playstore #keyboardtheme #touchpal

by #batumelukut











Komen Facebook

No comments:

Post a Comment

Instagram