Hai semua. Di entri ini saya akan kongsikan serba sedikit pengalaman saya #jalan-jalan di Bukit Malawati yang terletak di Kuala Selangor.
Bukit Malawati
Map di atas menunjukkan tempat-tempat yang boleh dilawati sepanjang anda berada di sini. Ya, kelihatan banyak sekali kan? Tetapi, percayalah. Dalam banyak-banyak tempat tu anda akan lebih tertarik dan melepak dengan lebih lama apabila anda berada di Baitulhilal. Kenapa? Sebab di situ ada banyak monyet kelabu atau dikenali sebagai Lotong akan datang meraih simpati meminta makanan dari anda.
Di sini, terdapat dua buah motokar yang menjual makanan monyet. Anda nak bermesra dengan monyet-monyet ini? Silakanlah. Beli makanan monyet yang dijual secara khas itu dan berilah mereka makan. Confirm anda akan disukai dan dikelilingi monyet-monyet tersebut.
Terhibur juga tengok telatah monyet-monyet ni. Berlari-lari sana sini, berebut makanan, usha-usha pengunjung dan lain-lain lagi. Tak sia-sia datang sini..
Oh ya! Di sini juga ada perkhidmatan trem. Harga untuk orang dewasa RM 3.20 dan percuma untuk budak bawah setahun.
Bukit Malawati ini agak luas. Tidak sesuai sekiranya anda bawa orang tua mengelilingi bukit. Nanti semput. Sama juga dengan anak kecil. Sebab tempat ni tempat orang lama-lama dan struktur muka buminya yang berbukit-bukau.
Walaupun demikian, Bukit Malawati ini sangat sesuai untuk aktiviti:
- Berjoging
- Berjalan kaki
- Berbasikal
Selain itu, sekiranya anda datang awal di sini dan penat nak tunggu trem dibuka, anda bolehlah datang sarapan di Restoran Seri Kampung ni… Nasi Lemak dia best giler… Lempeng pisang pun sedap.
Lagi satu saya nak ingatkan, perkhidmatan trem dibuka pada hari sabtu dan ahad sahaja. Bermula beroperasi pada jam 9 pagi atau lebih. Kenderaan tidak dibenarkan masuk pada dua hari tersebut tetapi pada hari biasa, anda boleh bawa kenderaan masuk naik bukit.
Parking kereta pun percuma di sekitar pintu masuk Bukit Malawati. So sesiapa yang datang awal, senanglah dapat parking… (Kami datang hari ahad masa ni)
Muzium Sejarah Kuala Selangor
Nama pun Muzium Sejarah, dah tentu di dalamnya ada banyak khazanah orang dahulu kala. Masuk percuma. Nak masuk kena tulis nama dahulu untuk seorang wakil. Masa tu ada seorang penjaga muzium, so semua orang yang masuk beratur tulis nama. Hihi
Taman Alam Kuala Selangor
Tak banyak yang saya dapat ceritakan untuk Taman Alam ni. Sebabnya, kami anak beranak tak jadi masuk. Masa kami mula sampai tu, ada pengunjung kata kami tak berapa sesuai masuk sebab bawa budak kecil. Lagipun kat dalam tu ada banyak nyamuk.
Menurut salah seorang pekerja disitu, keadaan dalam tu lebih kepada jungle tracking. La, yeke? Haha
Untuk lebih lanjut, sila klik: ini untuk melihat Google Review untuk ketahui keadaan sebenar Taman Alam ini.
Eagle Feeding, Pasir Penambang
Kami sempat singgah melihat entrance Eagle Feeding. Malangnya, mereka menutup operasi mereka disebabkan faktor cuaca yang kerap hujan pada sekarang ni.
Untuk makluman, Eagle Feeding ni terletak di belakang Apps Hotel.
Kelip-kelip Kampung Kuantan
Bayaran masuk pula saya tidak pasti. Waktu beroperasi pula bermula pukul 7.45 pm sehingga 10.30 pm. Singkat pula waktu operasi dia ye.
Oklah. Setakat ini sahajalah perkongsian yang dapat saya ceritakan sepanjang saya berkunjung di sini. Moga bermanfaat.
#kualaselangor #bukitmalawati #monyet #lotong #pemandangan #jalanjalan #tempatmenarik #cutisekolah
#bybatumelukut


Komen Facebook
No comments:
Post a Comment